Alor Setar, Malaysia

31 Juli 2007

Kota Alor Setar merupakan ibu kota negeri Kedah, Malaysia. Tempat kelahiran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Mayoritas penduduknya adalah dari suku Melayu Kedah, diikuti oleh suku Tionghua dan India. Masyarakat Melayu lainnya termasuklah Melayu Pattani yang menuturkan bahasa Yawi. Alor Setar adalah gabungan dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan ukurannya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kelompok pohon kundang dengan nama ilmiahnya ‘Boeya Macrophlla’. Ejaan nama Alor Setar telah diganti menjadi Alor Star untuk memperingati Perisytiharan kota Alor Star pada 21 Desember 2003. Ejaan tersebut diganti semula dengan Alor Setar pada 2008.
Alor Star mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Star: Alor Star Selatan dan Alor Star Utara. Alor Star mempunyai hubungan pengangkutan bis umum dan taksi yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja. Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Pusat Bandaraya Alor Star.Stesen ini terletak di Jalan Stesen. Alor Star mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Jalan Anak Bukit,Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur. Alor Setar mempunyai terletak dalam kawasan iklim monsun tropika dalam pengelasan iklim Koppen. Alor Setar mempunyai musim hujan yang panjang.( Wikipedia )